UTTAR PRADESH (INDIA): Seorang wanita yang berumur lingkungan 60an telah dibuang oleh anaknya di tepi jalan di bawah panas terik mahatahari kerana dijangkiti Covid-19.
Ekoran itu, polis di Kanpur, di Uttar Pradesh, telah membuka fail penyiasatan mengenai laporan anak lelaki yang meninggalkan ibunya yang positif Covid-19.
Video menunjukkan ibu malang itu terbaring dalam selimut di tepi jalan, dan hanya kelihatan dia bergerak sedikit.
Lelaki itu, yang dikenali sebagai Vishal, membuangnya isi bu luar rumah kakaknya di daerah Chakeri sebelum melarikan diri, menurut laporan.
Penduduk tempatan menolong mangsa dan memanggil ambulans untuk membawanya ke hospital.
Seorang saksi mengatakan bahawa dia melihat wanita yang sakit itu menangis meminta pertolongan ketika dia terbaring di bawah terik matahari dalam suhu 40 darjah Celsius.
“Orang seperti itu memalukan. Mereka adalah makhluk terburuk yang sanggup melakukan perkara ini kepada orang tersayang,” kata saksi itu seperti yang dipetik dari The Sun UK.
Ibu malang itu bagaimana pun meninggal dunia kerana Covid-19.