Sedbanyak 26,246 kompaun MBJB sepanjang tahun 2020

26,246 kompaun MBJB sepanjang tahun 2020

ADIB AZHARI DAUD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) telah mengeluarkan sejumlah 26,246 kompaun sepanjang tahun lalu melibatkan kesalahan yang dilakukan di bawah tiga Undang-Undang Kecil (UUK) MBJB.

Datuk Bandar, Datuk Adib Azhari Daud berkata, statistik itu melibatkan 24,759 kompaun di bawah UUK Mencegah Kekotoran MBJB 1981; 684 kompaun di bawah UUK Mengkompaun Kesalahan MBJB 1981 dan 803 kompaun di bawah Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974.

Jelasnya, sebanyak 2,799 notis turut dikeluarkan di bawah ketiga-tiga undang-undang berkenaan. 

“Bagi tindakan penguatkuasaan iklan, jumlah iklan yang diturunkan pula sebanyak 48,594 iklan, merangkumi 19,427 iklan ah long; 2,949 iklan bunting; 1,454 iklan sepanduk; 65 papan tanda dan bilboard serta 24,699 iklan pelbagai. 

“Tindakan ini diambil terhadap iklan yang tiada lesen atau permit serta iklan yang dipasang di tempat yang tidak dibenarkan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Adib Azhari berkata, pihak berkuasa tempatan itu juga telah mengambil tindakan pemindahan kenderaan terhadap 6,331 kenderaan dalam kategori menghalang, 989 kenderaan buruk selain 570 buah motosikal.

Sementara itu, ujar beliau, bagi tindakan penguatkuasaan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pula, MBJB telah memeriksa sejumlah 63,776 premis perniagaan pada tahun lalu. 

“Daripada jumlah ini, sebanyak 57,762 premis adalah berlesen dan patuh peraturan, manakala 2,148 premis tidak berlesen dan diberi notis; 1,538 premis diberi notis pemberitahuan; 462 premis diberi amaran lisan; 933 premis dikompaun; 140 premis disita lesen; 453 premis disita barang dan 340 premis diarah tutup.

“Selain itu, MBJB juga telah menjalankan 38 operasi bersepadu bersama agensi kerajaan seperti polis, Jabatan Imigresen, Kementerian Kesihatan, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Kastam Diraja Malaysia dan lain-lain.

“Operasi bersepadu ini melibatkan pusat hiburan dan kelab malam, penguatkuasaan warga asing, ulat parkir dan gelandangan, premis tanpa kebenaran dan lain-lain kesalahan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya