20 buah sekolah di Pulau Pinang ditutup 2 hari ekoran kes positif Covid 

20 buah sekolah di Pulau Pinang ditutup 2 hari 

ABDUL RASHID ABDUL SAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Sebanyak 20 buah sekolah di negeri ini ditutup selama dua hari bermula hari ini ekoran terdapat kes positif Covid-19 dikesan di sekolah berkenaan. 

Pengarah Jabatan Pendidikan negeri, Abdul Rashid Abdul Samad berkata, pelajar di kesemua sekolah yang ditutup itu perlu mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR). 

“Kesemua sekolah ini ditutup bagi membolehkan proses sanitasi dijalankan. 

“Kemudian pihak sekolah akan menjalankan penilaian sama ada tindakan lain seperti meneruskan penutupan sekolah perlu dilaksanakan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. 

Difahamkan sekolah yang ditutup ekoran terdapat kes Covid-19 itu melibatkan sekolah rendah dan sekolah menengah di kawasan pulau dan Seberang Perai. 

Antara sekolah yang ditutup itu adalah  Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) St Mark dan SMK Kampung Kastam di Butterworth dekat sini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN