17 kes positif Covid-19 dikesan, SMK Seremban 2 ditutup

17 kes positif Covid-19 dikesan, SMK Seremban 2 ditutup

TEMPOH lebih setahun sekolah ditutup pada 2020 hingga awal tahun ini telah memberikan pelbagai 'kerosakan' kepada dunia pendidikan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Sebuah sekolah menengah di sini ditutup selama tujuh hari bermula hari ini selepas terdapat pengesanan 17 kes positif di sekolah tersebut.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelaburan, Perindustrian, Keusahawanan, Pendidikan dan Modal Insan negeri, Datuk Dr. Mohamad Rafie Ab. Malek berkata, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seremban 2 ditutup sehingga 29 April depan.

“Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) meminta Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) untuk sekolah ditutup dari 23 April 2021 sehingga 29 April 2021 (tujuh hari) dan ia dilaksanakan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, menurut beliau, seramai 179 individu termasuk pelajar Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP) Labu telah dikuarantin di pusat kuarantin Institut Aminuddin Baki dan Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT), Nilai.

Ia berikutan terdapat tiga kes positif Covid-19 di sekolah berkenaan.

Bagaimanapun, jelas Mohamad Rafie, keadaan adalah terkawal sekolah terbabit tidak ditutup. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN