Wan Abdul Rahim sekali lagi ketuai jentera PH di Kelantan

Wan Abdul Rahim sekali lagi ketuai jentera PH di Kelantan

Barisan kepemimpinan PH Kelantan yang diperkemaskan semula oleh Pengerusinya yang baru dilantik, Muhammad Husain (depan, tengah) dalam mesyuarat di Kota Bharu, Kelantan hari ini. - FOTO/ZULHANIFA SIDEK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah sekali lagi dipilih memimpin jentera Pakatan Harapan (PH) Kelantan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Bekas Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Kelantan itu sebelum ini menggalas peranan sama ketika PRU-14.

Pelantikan beliau diumumkan hari ini oleh Pengerusi PH Kelantan yang baharu, Muhammad Husain selepas mempengerusikan mesyuarat gabungan itu buat pertama kali, di sini.

Muhammad Husain yang juga Pengerusi Amanah Kelantan menamakan Pengerusi PKR Kelantan, Datuk Seri Mohamad Suparadi Md. Noor sebagai Timbalan Pengerusi I beliau.

Sementara itu, Setiausaha DAP Kelantan, Chua Chin Hui pula dilantik sebagai Timbalan Pengerusi II PH negeri.

Menurut Muhammad, pihaknya juga bersetuju memperkemaskan lagi organisasi dengan melantik Naib Pengerusi I Amanah Kelantan, Rushdan Mustafa sebagai Setiausaha PH negeri.

“Ahli Jawatankuasa DAP Kelantan, Lim Chung Chai dilantik sebagai Bendahari manakala Naib Pengerusi PKR Kelantan, Roslan Puteh pula dilantik sebagai Ketua Penerangan.

“Kita turut bersetuju menubuhkan Sekretariat PH Kelantan yang diketuai Setiausaha gabungan iaitu saudara Rushdan Mustafa,” katanya dalam sidang akhbar selepas mesyuarat itu berakhir.

Muhammad berkata, biarpun PRU-15 belum diketahui tarikhnya, PH Kelantan mengambil inisiatif memperkemaskan organisasi hari ini bagi merancakkan gerak kerja seawal mungkin.

“Selama ini pun orang kata macam-macam, kononnya PH Kelantan ini senyap sahaja. Jadi hari ini kita dah mula,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya