Ujian saringan tidak hanya fokus kawasan tumpuan sahaja

Ujian saringan tidak hanya fokus kawasan tumpuan sahaja

Jumlah ujian saringan Covid-19 merekodkan trend meningkat dalam tempoh 14 hari kebelakangan ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Ujian Covid-19 menerusi saringan komuniti bersasar yang berlangsung sejak awal Februari tidak hanya memfokuskan di kawasan tumpuan sahaja, tetapi turut membabitkan di rumah orang tua dan warga emas.

Pengurus Operasi Klinik Selcare Sdn. Bhd., Mohd. Noor Md. Nasir berkata, buat masa ini, seramai 6,000 individu telah menjalani ujian saringan Covid-19 sejak 5 Februari lalu.

Menurutnya, setakat ini, daripada jumlah tersebut, kira-kira 894 warga emas daripada 32 pusat jagaan telah menjalani ujian saringan. 

“Kita tidak hanya melakukan saringan di kawasan yang ditetapkan sahaja tetapi secara menyeluruh di rumah orang tua, warga emas, komuniti dan pusat dialisis.

“Malah, kita menjangkakan akan membuat saringan melibatkan golongan mahasiswa tetapi mereka akan menjadi kelompok terakhir,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi saringan di Taman Batu Tiga, dekat sini hari ini.

Terdahulu, ujian saringan Covid-19 itu adalah menerusi Pakej Kita Selangor itu melibatkan 60 petugas yang terdiri daripada kakitangan Selcare dan sukarelawan.

Dalam pada itu, Mohd. Noor berkata, pihaknya menyasarkan ujian saringan Covid-19 akan berlangsung selama tiga ke empat bulan.

Jelasnya, setakat ini, pihaknya melihat sambutan ujian saringan tersebut agak perlahan dan perlu mengambil tindakan lain untuk membuat hebahan.

“Contohnya, ujian saringan hari ini, kita telah mengambil inisiatif dengan pergi ke kilang dan penduduk untuk menghebahkan tentang ujian saringan secara percuma ini dengan bantuan Jabatan Penerangan dan Angkatan Pertahanan Awam.

“Kemungkinan bulan Ramadan juga ujian saringan akan dilakukan, namun boleh juga berlaku sebarang perubahan,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN