Tekun Nasional sumbang kelengkapan sekolah kepada 100 penerima

Tekun Nasional sumbang kelengkapan sekolah kepada 100 penerima

NAJWAH Halimah Ab. Halim (tengah) bersama murid-murid dan pelajar sekolah yang menerima bantuan peralatan sekolah dalam program Back To School anjuran Tekun Nasional di Mydin Mall Mutiara Rini, Johor Bahru hari ini. - FOTO/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Seramai 100 murid dan pelajar daripada keluarga B40 di negeri ini menerima sumbangan sempena program Back To School anjuran Tabung Ekonomi Kumpulan Usahawan Niaga (Tekun) Nasional yang diadakan di pasar raya Mydin Mall Mutiara Rini, di sini hari ini.

Kesemua penerima yang berusia antara 7 hingga 17 tahun itu menerima beg dan kelengkapan persekolahan, selain turut menerima baucar bernilai RM50 setiap seorang.

Timbalan Pengerusi Tekun Nasional, Najwah Halimah Ab. Alim berkata, program Back To School itu merupakan salah satu daripada program tanggungjawab sosial korporat (CSR) pihaknya.

“Program CSR ini turut memberi peluang kepada Tekun Nasional untuk berbakti kepada masyarakat setempat di samping memberi sokongan moral dan motivasi kepada penerima untuk mengekalkan kecemerlangan pendidikan mereka.

“Sebagai permulaan, kita melaksanakan program ini di Johor terlebih dahulu, sebelum diikuti program di Kelantan, Sarawak dan Melaka,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri program Back To School Tekun Nasional yang diadakan di Mydin Mall Mutiara Rini, di sini hari ini.

Sementara itu, salah seorang penerima sumbangan, Saemah Noor Hussain, 51, memberitahu, dia berterima kasih dengan sumbangan berkenaan yang diterima anak bongsunya, Muhammad Ariff Hassan, 13.

“Saya berterima kasih atas pemberian ini, sekurang-kurangnya ia dapat meringankan beban kewangan kami dalam menyediakan kelengkapan persekolahan anak saya,” ujarnya.

Seorang lagi penerima sumbangan, Aliah Sakinah Bani Amin, 30, pula memberitahu, dia bersyukur kerana adiknya, Asra Nursairah, 17, yang merupakan seorang orang kurang upaya (OKU) pendengaran menerima bantuan berkenaan.

“Ibu kami merupakan seorang suri rumah manakala ayah pula bekerja sebagai pemandu e-hailing untuk menyara keluarga.

“Jadi sumbangan ini dapat membantu keluarga kami dalam menghadapi sesi persekolahan yang kembali dibuka,” ujarnya lanjut. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya