Tanah milik persendirian halang Kolam Air Panas Ulu Bendul dimajukan

Tanah milik persendirian halang Kolam Air Panas Ulu Bendul jadi produk pelancongan 

KEADAAN kawasan kolam air panas di Kampung Ulu Bendul, Kuala Pilah yang terbiar tanpa ada usaha pihak berwajib menjadikannya sebagai salah satu daya tarikan pengunjung. - FOTO/ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA PILAH: Kolam air panas di Ulu Bendul sukar dibangunkan sebagai produk pelancongan di daerah ini berdasarkan laporan yang dibuat oleh pihak Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia.

Pegawai Daerah Kuala Pilah, Mohd. Faizal Abdul Manap berkata, faktor tapak kolam tersebut yang terletak di tanah milik persendirian juga menjadi penghalang kepada pembangunan tersebut.  

Menurutnya, pihak Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Negeri Sembilan dan Melaka telah mengadakan lawatan tapak dan membuat persampelan air pada bulan September 2020.

Jelasnya, keputusan analisis makmal menunjukkan semua unsur adalah dibawah paras piawaian kualiti air minuman Kementerian Kesihatan kecuali Fluoride (F), Ferum (Fe) dan Mangan (Mn). 

“Selain itu, nilai F tidak terlalu tinggi di mana nilainya masih di bawah paras piawaian kualiti air mentah. Nilai Fe dan Min yang tinggi berkemungkinan berpunca dari geologi di kawasan tersebut, nilai jumlah larutan pepejal pula adalah 156 mg/l, ia menunjukkan air tersebut berpunca dari air bawah tanah.

“Bagaimanapun, tiada unsur yang dapat dikaitkan yang boleh membuktikan air tersebut adalah air panas. Hal ini kerana nilai Sulphate (SO4) yang begitu rendah iaitu 3.0 mg/l, berkemungkinan air tersebut dipercayai sudah bercampur dengan air permukaan di kawasan tersebut,” katanya dalam kenyataan semalam.

Utusan Malaysia semalam (23 Mac) melaporkan kolam air panas Ulu Bendul yang terletak di Kampung Ulu Bendul dekat sini semakin terbiar tanpa ada sebarang usaha daripada pihak berwajib untuk mempromosikannya sebagai satu tarikan pengunjung.

Lebih menyedihkan, persekitaran kolam tersebut dipenuhi semak samun malah airnya juga kini semakin suam, tidak panas seperti dulu.

Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPPK) Kampung Ulu Bendul, Shahrin Mat Basir berkata, pihaknya agak terkilan kerana tiada mana-mana pihak sudi melihat kawasan tersebut yang berpotensi dijadikan produk pelancongan di daerah ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya