PETALING JAYA: Lembaga Tabung Haji (TH) masih menunggu makluman rasmi berkaitan urusan haji tahun ini daripada pihak berkuasa Arab Saudi. Sehubungan itu, Pengarah Eksekutif TH, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata, Pengelola Jemaah Haji (PJH) yang dilantik tidak dibenarkan mengeluarkan sebarang iklan pakej-pakej haji sehingga kebenaran rasmi dikeluarkan. Beliau turut mengingatkan mana-mana individu atau agensi pelancongan yang menawarkan perkhidmatan pakej haji tanpa memperoleh kelulusan TH adalah satu kesalahan dan boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Akta Tabung Haji 1995 (Akta 535). “Orang ramai diharap sentiasa berhati-hati dan mengambil…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya