Sultan Kedah dianugerah Ijazah Kehormat Doktor Falsafah

Sultan Kedah dianugerah Ijazah Kehormat Doktor Falsafah

SULTAN Kedah, Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah (kiri) menyempurnakan pemasyhuran Tunku Shazuddin Arif Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin sebagai Pro-Canselor UUM baharu di Istana Anak Bukit, Alor Setar, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Sultan Kedah, Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Pentadbiran dan Pembangunan Awam) sempena Majlis Konvokesyen Diraja dan Pemasyhuran Pro Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM) di Istana Anak Bukit, di sini hari ini.

Unit Komunikasi Korporat, Pejabat Sultan Kedah dalam satu kenyataan berkata, anugerah tersebut dipersembahkan oleh Raja Muda Kedah, Tengku Sarafudin Badlishah Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin yang juga Pro Canselor UUM sebagai tanda menjunjung kasih kepada Sultan Sallehuddin yang memimpin universiti itu sebagai Canselor sejak 2017.

“Penganugerahan ini mencerminkan keperibadian baginda yang berpandangan jauh, berwawasan, mempunyai ciri-ciri pemerintah yang disayangi dan dikagumi serta sentiasa memikirkan apa yang perlu untuk dilaksanakan demi kesejahteraan rakyat jelata.

“Sultan Sallehuddin sedar bahawa menjadi pemerintah dalam dunia hari ini cukup mencabar kerana baginda tidak hanya menjadi raja di takhta, malah perlu menjadi pembimbing, penasihat, dan peneraju yang dapat memberikan rakyat kehidupan lebih berkualiti,” katanya.

Sultanah Kedah, Sultanah Maliha Tengku Ariff; Raja Puan Muda Kedah, Che Puan Muda Zaheeda; Tunku Laksamana Kedah, Tunku Shazuddin Arif Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin turut berangkat pada majlis tersebut.

Hadir sama Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md. Nor; Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad dan Naib Canselor UUM, Prof. Datuk Dr. Ahmad Bashawir Abdul Ghani.

Kenyataan itu menambah, penganugerahan tersebut turut dibuat atas keprihatinan, iltizam dan usaha berterusan ditonjolkan baginda dalam memperkasakan pentadbiran dan pengurusan negeri.

“Antaranya dalam sektor ekonomi dan pelaburan di negeri ini yang membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat.

“Antara projek berimpak tinggi yang dimaksudkan adalah Banda Raya Getah Kedah (KRC), hab logistik di Bukit Kayu Hitam dan pembangunan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP),” katanya.

Dalam majlis sama, Sultan Sallehuddin turut berkenan menyempurnakan pemasyhuran Tunku Shazuddin Arif dan tokoh sukan serta perniagaan tanah air, Tengku Tan Sri Dr. Mahaleel Tengku Ariff sebagai Pro-Canselor UUM baharu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya