Selepas pemenang Puskas, KKFC sambar kapten Timor Leste - Utusan Malaysia

Selepas pemenang Puskas, KKFC sambar kapten Timor Leste

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Biarpun hanya akan beraksi dalam Liga M3, namun Kuala Kangsar (KK) FC menunjukkan kesungguhan mereka untuk memberi cabaran terbaik apabila kapten pasukan kebangsaan  Timor Leste, Joao Pedro.

Penyerang 22 tahun itu mengikat kontrak semusim dengan KK FC tengah hari tadi di pejabat kelab itu di bandar Kuala Kangsar.

Pengurus Besar KKFC, Abdul Aziz Yeop Jamaluddin berkata, selain Pedro, pasukan itu juga mengikat dua lagi pemain import iaitu, Ibrahim Mohamed dari Ghana dan Amot Sonny Garang dari Sudan.

“Pengambilan tiga pemain import ini diharap mampu memperkukuhkan lagi pasukan,” kata Aziz.

Menurut Abdul Aziz, KKFC juga sudah menandatangani kontrak semua 28 pemain yang antaranya termasuk bekas pemain negeri Perak, Muhammad Fikri Sudin dan Rizal Che Aziz.

Sebelum ini pasukan itu juga boleh berbangga apabila mendapat khidmat pemenang Anugerah Puskas FIFA 2016, Mohd. Faiz Subri.

Pemain kelahiran Kedah berusia 33 tahun itu memeterai ikatan dengan KKFC dalam satu majlis di Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) di bandar Kuala Kangsar, Sabtu lalu.

Nama KKFC juga semakin menonjol dan menjadi buah mulut  apabila menampilkan pelakon terkenal Adi Putra Abdul Halim sebagai ikon dan duta serta penajanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya