Sabah mahu ubah nasib musim 2021 - Utusan Malaysia

Sabah mahu ubah nasib musim 2021

KAPTEN Kedah, Baddrol Bakhtiar (kiri) bersaing dengan pemain Sabah dalam aksi Liga Super di Stadium Darul Aman, Alor Setar malam tadi. - UTUSAN/SHAHRIR NOORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Ketua jurulatih Sabah, Kurniawan Dwi Yulianto tetap menaruh keyakinan ana-anak buahnya mampu mengubah nasib pasukan itu pada musim ini berbanding terperosok di kedudukan tiga terbawah liga seperti musim lalu.

Kekalahan Sabah FC kepada Kedah Darul Aman FC (KDA FC) 0-2 di Stadium Darul Aman di sini semalam bukan ukuran sebenar prestasi pasukan itu kerana masih di peringkat awal musim.

Menurut Kurniawan, di sebalik kekalahan ditanggung, masih banyak perkara positif ditunjukkan pemain tempatan mudanya ketika menentang KDA FC yang dianggap sebagai antara salah satu pasukan terkuat di negara ini.

Katanya, meskipun sudah ketinggalan 2-0 pada babak pertama, barisan pemainnya dilihat bangkit mempamerkan keupayaan untuk mengikat tuan rumah daripada terus menjaringkan gol selain berupaya membuat beberapa gerakan untuk menguji gawang KDA FC terutamanya pada separuh masa kedua.


PENYERANG Sabah, Amri Yayah (tengah) berebut bola dengan dua pemain Kedah dalam perlawanan Liga Super di Stadium Darul Aman, Alor Setar malam tadi. – UTUSAN/SHAHRIR NOORDIN

“Kami hadir ke sini tanpa empat pemain import yang masih tidak dapat diturunkan. Memang benar kami kecewa kerana kalah tetapi dari satu sudut, saya gembira melihat aksi ditampilkan pemain tempatan terutamanya pada babak kedua yang tidak mudah menyerah kalah walaupun ketinggalan 2-0 seawal minit ke-20.

“Mereka jelas bangkit terutama pada babak kedua untuk menyaingi Kedah yang merupakan sebuah pasukan kuat.

“Dengan kehadiran pemain-pemain import pada perlawanan seterusnya, saya yakin kita mampu mengubah nasib pasukan ini daripada berada di kelompok bawahan liga seperti dialami tahun lalu,” katanya dalam sidang akhbar selepas berakhir perlawanan di Stadium Darul Aman, malam tadi.

Gol Kedah dihasilkan oleh dua pemain import Tchetche Kipre dan Kpah Sherman pada minit ke-15 dan 21.

Dalam aksi semalam, cuma pemain pertahanan import dari Korea Selatan, Taesu Park yang diturunkan The Rhinos manakala empat yang lain iaitu Saddil Ramdani dari Indonesia, Risto Mitrevski dari Macedonia Utara, Levy Madinda dari Gabon dan Sam Garyahzon Johnson dari Liberia tidak dapat beraksi kerana sedang menghabiskan tempoh kuarantin wajib.

Mengulas lanjut, Kurniawan berkata, beliau percaya dua gol dihasilkan Kedah mampu dihalang sekiranya anak-anak buahnya tidak melakukan kesilapan.

“KDA FC memiliki barisan penyerang yang sangat laju. Jadi malam ini kami turunkan lima pemain pertahan dengan tujuan menghalang aksi ‘thru pass’ yang sering digunakan mereka untuk mendapatkan jaringan.

“Namun saya merasakan pemain kami terlalu berhati-hati babak pertama hingga gagal mengeluarkan kemampuan masing-masing. Sudahnya kesilapan dilakukan dan KDA FC memanfaatkan peluang itu,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya