Nelayan Rohingya ‘kuasai’ Kuala Kedah dan Kuala Sala

Rohingya ‘kuasai’ Kuala Kedah, Kuala Sala

KERJA-KERJA pembersihan dan pengredan siput retak seribu di sebuah jeti di Kuala Kedah semalam yang antara turut dilakukan oleh warga dari etnik Ro­hingya . – FOTO/SHAHIR NOORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Lebih 2,000 warganegara Myanmar etnik Ro­hingya dikatakan menjadi nela­yan dengan menggunakan bot sendiri dan disewa di Kuala Kedah serta Kuala Sala, dekat sini sejak lebih 20 tahun lalu.

Sebahagian mereka juga be­kerja sebagai tekong dan awak-awak bot milik rakyat tempatan yang menjalankan tangkapan siput retak seribu dengan menggunakan pukat sorong serta pukat tunda secara haram.

Mendedahkan kepada Utusan Malaysia, Pengerusi Persatuan Pendidikan dan Kebajikan Jari­ngan Nelayan Pantai Malaysia (Ja­ring), Che Ani Mat Zain berkata, kebanyakan nelayan etnik Rohingya itu dipercayai bertaraf penduduk tetap dan memiliki MyKad.

CHE ANI MAT ZAIN

Menurutnya, sebahagian da­ripada mereka juga dipercayai mempunyai kad Suruhanjaya Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) selain terda­pat dalam kalangan mereka pendatang asing tanpa izin (PATI).

“Sebahagian warga Myanmar etnik Rohingya itu juga didakwa menjalankan aktiviti menangkap ikan di pesisiran pantai tanpa lesen.

“Namun, bagaimana mereka boleh beroperasi tanpa diambil tindakan oleh pihak penguat kuasa di negara ini?” soalnya.

Che Ani berkata, sebahagian nelayan etnik Rohinga itu juga menjual ikan dan siput retak seribu kepada pemilik-pemilik bot tempatan.

“Pihak penguat kuasa perlu mengambil tindakan tegas ter­hadap nelayan-pelayan etnik Rohingya terbabit memandangkan aktiviti mereka itu semakin berleluasa,” katanya di sini semalam.

Selain itu, katanya, penggunaan pukat sorong dan pukat tunda oleh mereka boleh memusnahkan hidupan laut termasuk batu karang dan ekosistem laut.

Beliau berkata, Jaring mendesak kerajaan supaya mengambil tindakan serius terhadap nela­yan asing itu.

Sementara itu, seorang tempatan yang mahu dikenali Ibrahim, 42, berkata, beliau kesal aktiviti menangkap siput retak seribu semakin berleluasa di pengairan Kuala Kedah.

Menurutnya, perkara tersebut sepatutnya dipantau ketat oleh pihak berkuasa terlibat.

Malah, katanya, kebanyakan kaum wanita warga Rohingya itu juga bekerja di beberapa jeti di sekitar Kuala Kedah.

“Mereka melakukan kerja-kerja pembersihan dan penggredan siput retak seribu,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN