Pemasaran regeneratif, penyelesaian kreatif luar kotak - Utusan Malaysia

Pemasaran regeneratif, penyelesaian kreatif luar kotak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Sustainable Brands KL (SBKL) akan diadakan secara maya pada 23 dan 24 Mac ini

Pemasaran regeneratif, satu kaedah pemasaran yang agak kurang diberi pendedahan kepada masyarakat kita tetapi secara realitinya konsep ini popular di negara maju. 

Apa itu pemasaran regeneratif? Ia dipraktikkan dengan mengubah cara lama teknik pemasaran media massa dan menggantikannya dengan penyelesaian kreatif dan luar kotak untuk mengembangkan ekuiti jenama secara autentik seterusnya berhubung terus dengan pengguna dan masyarakat secara meluas. 

Menerusi Sustainable Brands KL (SBKL) Global Conference yang diadakan secara maya oleh Acacia Blue di Kuala Lumpur pada 23 dan 24 Mac ini, penceramah persidangan dan ikon pengiklanan, Thomas Kolster akan menghuraikan lebih lanjut mengenai konsep pemasaran regeneratif, kepentingannya terutama semasa musim pasca wabak Covid-19 dan faktor ia menjadi popular di Asia. 

Thomas Kolster, pengasas global Good Advertising

Dalam sesi temubual baru-baru ini, Kolster menerangkan bahawa pengguna kini lebih bijak dan berfikiran matang, mereka boleh membezakan sama ada kandungan berkenaan nyata ataupun dangkal. 

“Pengguna masa kini, terutamanya di barat semakin bijak memilih kandungan yang bermutu dan melangkau iklan di media sosial. Mekanisma penolak untuk meningkatkan ekuiti jenama semakin berkurangan dan pemasaran regeneratif menawarkan faktor penarik.

“Bayangkan pada masa hadapan yang mana sokongan perniagaan membawa projek yang lebih bermutu berbanding mesej pemasaran dangkal dan menjadi lebih berjaya? Generasi seterusnya bakal membina taman komuniti, bumbung hijau, projek tenaga boleh diperbaharui dan menyokong seni masyarakat menerusi pemasaran regeneratif,” katanya.

Covid-19 merancakkan transformasi digital sekaligus bertindak sebagai pemangkin perubahan. 

Perniagaan perlu berubah dan menjadi inovatif dalam usaha mencari penyelesaian demi keuntungan bersama dan memberi perkhidmatan terbaik kepada masyarakat, kelestarian dan bumi ini. 

Rakyat Malaysia mungkin tidak menyedari bahawa IKEA adalah jenama yang menjalankan konsep pemasaran regeneratif. 

Ia bermula dengan rekaan dan berakhir dengan kelestarian. Proses ini berbentuk regeneratif dengan kitar semula, guna semula dan penggunaan semula sebagai matlamat utama perniagaan.

Antara produk IKEA iaitu lapik meja berasal dari Sungai Mekong. Laluan air Sungai Mekong dipenuhi dengan tumbuhan air yang membesar dengan cepat. 

Komuniti yang tinggal berhampiran tebing sungai menuai, mengeringkan dan kemudian menenun tangkai tumbuhan itu untuk menjadikannya sebagai lapik meja. 

Ramai wanita terbabit dengan tugasan itu yang secara tidak langsung memastikan laluan sungai dapat dilalui dan meneruskan tradisi mereka. 

Malah, pendapatan hasil tenunan memberi kehidupan lebih baik dan peluang kepada generasi mereka yang akan datang. 

Bagi IKEA, menjadi regeneratif bermaksud syarikat harus memikirkan kembali secara drastik rangkaian produk, perkhidmatan, operasi makanannya. 

Bayangkan dunia dengan sisa sifar. Dunia di mana botol minuman dapat diubah menjadi dapur baru. Mustahil? Tidak sama sekali. Perkara itu kini sedang berlaku.

Dengan kerjasama pembekal Itali, pasukan IKEA Sweden membina bahan untuk produk dapur menggunakan kayu dan botol kitar semula. Ataupun mencipta pasu diperbuat menggunakan sisa buangan kaca. 

Di sesetengah cawangan IKEA luar negara, pelanggan digalakkan  membawa produk lama mereka untuk dijual semula. 

Ini untuk menyelesaikan isu barangan yang masih berharga tetapi tidak lagi diperlukan. Terdapat juga bengkel mengajar pelanggan untuk memberi nafas baru kepada tekstil lama mahupun mengubah ia kepada barang lain. 

Pemasaran regeneratif bukan sahaja sekadar corak pemasaran mengikut trend. Setelah difahami, konsepnya mudah dan yang lebih penting boleh dicapai. 

Ia hanya memerlukan pendekatan kreatif kepada target sasaran dengan menggunakan sumber yang ada untuk memberi keuntungan kepada rantaian pembekalan dan nilai.

Jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai SBKL, sila layari laman sesawang ini.

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya