Nilai ByteDance AS$250 bilion - Utusan Malaysia

Nilai ByteDance AS$250 bilion

BYTEDANCE telah mengatasi nilai syarikat ternama seperti Exxon Mobil Corp. dan Coca Cola Co. dengan nilai AS$250 bilion yang dicapainya baru-baru ini. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Saham ByteDance Ltd., yang merupakan pemilik aplikasi TikTok, telah diperdagangkan pada nilai lebih daripada AS$250 bilion (RM1.04 trilion) di pasaran sekunder.

Menurut sumber yang tidak mahu dikenali, nilai syarikat yang berpangkalan di Beijing itu telah melonjak sejak kebelakangan ini kerana keyakinan para pelabur terhadap perniagaan itu semakin meningkat.

“Pengasasnya, Zhang Yiming kini sedang mempertimbangkan untuk membuat tawaran awam permulaan (IPO),” kata sumber tersebut.
Menurut CB Insights, ByteDance bernilai AS$140 bilion (RM580.4 bilion) pada penggalangan dana terakhirnya.

Sumber yang rapat dengan perkara tersebut memberitahu, saham syarikat itu diperdagangkan pada kira-kira AS$200 bilion (RM829.2 bilion) dalam urus niaga persendirian pada bulan lalu.

Dengan nilai AS$250 bilion, ByteDance lebih berharga berbanding Exxon Mobil Corp. atau Coca Cola Co.

Namun begitu, salah seorang wakil dari syarikat tersebut enggan memberi sebarang komen tentang perkara berikut.

Reuters melaporkan, Zhang yang mengasaskan ByteDance pada tahun 2012, telah menunjukkan kemampuannya untuk bersaing dengan syarikat-syarikat gergasi seperti Tencent Holdings Ltd. dan Alibaba Group Holding Ltd.

“Kejayaan besar pertamanya ialah perkhidmatan berita Toutiau yang dilancarkan oleh TikTok dan Douyin, aplikasi video kembar untuk pasaran domestik China.

“Pendapatan syarikat itu meningkat dua kali ganda menjadi sekitar AS$35 bilion (RM145.1 bilion) tahun lalu,” katanya.

Pada mulanya, ByteDance terjerat dengan tindakan bekas presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump yang berikrar untuk memaksa syarikat tersebut menjual TikTok kerana bimbang akan keselamatan negaranya.

Tetapi, pentadbiran Biden mengatakan mereka akan menilai kembali keadaan tersebut, memberi peluang kepada ByteDance untuk mengekalkan sebahagian atau semua perniagaannya yang sedang berkembang pesat.

Baru-baru ini, Zhang telah melantik Chew Shou Zi dari Xiaomi Corp sebagai ketua pegawai kewangannya.

Perkara itu telah mengundang spekulasi mengenai rancangan syarikat gergasi itu untuk membuat IPO.

“ByteDance telah meneliti rancangannya untuk menyenaraikan beberapa perniagaannya termasuk Douyin di Hong Kong.

“Kemungkinan besar, Zhang akan menjadikan seluruh syarikatnya terbuka kepada umum,” jelas sumber. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya