PETALING JAYA : Meeracle bukan nama asing lagi dalam produk kecantikan tempatan namun apa yang dilakukan pengasas produk, Meera Nordin jauh berbeza dengan pesaing-pesaing lain.
Bagi menghargai usaha keras dalam kalangan wakil jualannya yang memastikan nama produk itu dalam pasaran terus utuh, Meeracle tahun ini telah menghadiahkan empat buah ‘sports car’ secara percuma kepada mereka yang mencapai prestasi terbaik (jualan tertinggi) sepanjang tahun ini.
“Kereta yang bakal dibawa pulang oleh mereka yang mencatat prestasi luar biasa pada tahun 2020 adalah Porsche 718 Cayman.
“Manakala tiga orang lagi wakil jualan yang bertungkus lumus dalam memastikan nama Meeracle terus kukuh akan membawa pulang Ford Mustang 5.0 GT bagi Anugerah Jualan 2021.
“Kami di Meeracle akan sentiasa memberi sokongan dan penghargaan kepada semua wakil jualan yang telah menjadi pemangkin kepada kejayaan produk ini di peringkat global,” kata Meera.
Dalam pada itu, bagi stokis dan ejen-ejen yang menunjukkan prestasi terbaik selama tujuh bulan bermula September 2020 hingga Mac 2021 akan menerima kereta Volkswagen dalam tempoh terdekat ini.
Biarpun dunia dilanda pandemik Covid-19 sehingga memberi kesan kepada ekonomi negara namun ia bukan halangan untuk semua ejen dan stokis berusaha keras mencapai sasaran jualan, malah lebih mengejutkan jualan menunjukkan peningkatan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan kerajaan.
“Diharap anugerah ini bakal meningkatkan lagi motivasi kepada mereka untuk terus bersama-sama mengorak langkah memajukan nama Meeracle untuk mencipta lebih banyak kejayaan,” jelasnya.
Untuk tahun ini, Meeracle akan memperkenalkan produk serum dan cleanser baharu iaitu Meeracle Gemstone Facial & Serum Advance, produk-produk sebelum ini juga telah terbukti membantu golongan wanita mendapatkan kulit yang cantik dan sihat tanpa sebarang masalah. – UTUSAN ONLINE