MBJB mulakan kerja-kerja pembaikan tebing runtuh

MBJB mulakan kerja pembaikan tebing runtuh

KONTRAKTOR dilantik MBJB melakukan kerja pembaikan tebing yang runtuh dan terhakis akibat hujan lebat berhampiran sebuah pangsapuri di Jalan Permas, Permas Jaya, Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) sudah memulakan kerja pembaikan tebing yang runtuh akibat hakisan di pangsapuri Jalan Permas, Permas Jaya sejak 3 Mac lalu.

MBJB dalam satu kenyataan memberitahu, pihaknya telah mengambil langkah proaktif sejurus berlaku kejadian tanah runtuh itu.

Jelasnya, antara langkah dibuat termasuklah penyiasatan tapak, menyediakan reka bentuk dan anggaran kos pembaikan.

“Pelaksanaan prosedur perolehan sebut harga lantikan kontraktor dibuat Februari lalu dan penyerahan tapak untuk pembaikan kepada empat kontraktor dibuat pada 1 Mac lalu. 

“Sebagai permulaan sejurus menerima aduan tersebut, MBJB menerusi Unit Tindakan Cepat (UTC) mengambil langkah awal memasang penghadang jalan bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya berkaitan.

“MBJB juga telah mengambil tindakan awal dengan menebang pokok di lokasi aduan bagi mengurangkan risiko pokok tumbang serta akar-akar pokok yang boleh merosakkan struktur tebing saliran pada masa akan datang,” menurut kenyataan itu.

Sebelum ini penduduk pangsapuri berkenaan menyuarakan kebimbangannya mereka bahawa pagar tempat letak kereta serta struktur luar bangunan itu retak kesan daripada tebing yang terhakis dan runtuh akibat hujan lebat.

Tambah kenyataan itu lagi, lokasi kejadian runtuhan hanya melibatkan sebahagian tebing jalan.

“Jalan yang terlibat juga merupakan jalan dalaman kawasan taman serta masih boleh digunakan sebahagiannya untuk kegunaan penduduk. 

“Penduduk boleh juga menggunakan beberapa laluan alternatif lain yang bagi mengelak lokasi kejadian tanah runtuh,” tambah kenyataan itu.

Kenyataan itu memaklumkan, pihak berkaitan seperti Ahli Majlis Zon, wakil-wakil penduduk serta pihak sekolah telah dimaklumkan berkaitan perancangan pembaikan yang akan dilaksanakan MBJB. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN