Seorang lelaki maut motosikal langgar belakang lori

Lelaki maut motosikal langgar belakang lori

KEADAAN kemalangan yang menyebabkan seorang penunggang motosikal maut apabila melanggar belakang sebuah lori di Jalan Ipoh-Kuala Lumpur dekat Sungkai hari ini. - IHSAN PDRM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAPAH: Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya melanggar belakang sebuah lori di Kilometer 81, Jalan Ipoh-Kuala Lumpur berhampiran Taman Bakti dekat Sungkai, di sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 7.45 pagi itu, M. Satthiyah, 20, yang menunggang motosikal seorang diri parah di kepala dan maut di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, ketika kejadian, mangsa dipercayai dalam perjalanan dari Sungkai menuju ke tempat kerjanya di sebuah kilang kicap di Bidor.

Katanya, setibanya di tempat kejadian, mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha Y15ZR telah melanggar bahagian belakang lori muatan barang plastik yang juga dalam perjalanan menuju arah sama.

“Mangsa yang terjatuh mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak ambulans.

“Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Tapah untuk bedah siasat,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, nahas itu mengakibatkan bahagian hadapan motosikal mangsa rosak teruk manakala lori pula hanya mengalami kerosakan kecil di bahagian belakang.

Katanya, pemandu lori berusia 51 tahun tidak cedera dan tiada tangkapan dilakukan untuk kes itu.

“Kenderaan terlibat ditahan bagi tujuan pemeriksaan Puspakom dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya