"Kamu mahu duit...ada duitkah?" - Komuniti Bajau Laut

“Kami mahu duit…ada duitkah?”

KOMUNITI Bajau Laut lebih memerlukan wang ringgit daripada bantuan ketika Misi Bantuan Kemanusiaan Sabah oleh MCM di Pulau Mabul, Semporna, Sabah. – FOTO/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEMPORNA: “Kami mahu duit. Ada duitkah?”

Itu pertanyaan daripada ko­muniti Bajau Laut kepada peserta misi Muslim Care Malaysia (MCM) ketika mengagihkan bantuan bekalan makanan kepada penduduk di sekitar Pulau Mabul semalam.

Seorang demi seorang komuniti itu menghampiri pasukan kemanusiaan setelah melihat terdapat pelbagai bentuk sumbangan yang diberikan kepada 300 asnaf di kawasan itu sejak pagi.

Meskipun sudah diberikan pelbagai jenis makanan ringan, Bajau Laut tetap meminta wang daripada peserta misi sebagai alasan membeli makanan ruji mereka iaitu ubi kayu.

Jika tidak, rakyat tanpa kewarganegaraan itu enggan beredar selagi tidak diberikan apa yang diminta.

Seorang wanita Bajau Laut bercakap kepada Utusan Malaysia, dia langsung tidak men­jamah sebarang makanan se­panjang hari dan atas sebab itu dia berbuat demikian.

Dia pada masa sudah diberikan tiga bungkus roti, turut me­minta tiga lagi makanan untuk diberikan kepada enam anaknya di bot jongkong yang dia diami.

“Tidak cukup makanan ini. Saya ada ramai anak di sana (perahu di tengah laut). Saya juga belum makan dan sangat lapar. Tolonglah bagi duit sikit. Mahu pergi tangkap ikan di laut pun tiada,” katanya dalam bahasa Bajau.

Seorang lagi wanita Bajau Laut terdesak meminta salah seorang peserta misi menyerahkan semua makanan yang ada.

“Bagilah semuanya (makanan),” katanya.

Ketika menghampiri bot jongkong Bajau Laut, Utusan Malaysia mendapati memang tiada sebarang bekalan makanan.

Oleh itu MCM menyerahkan beberapa pek makanan dan sejumlah wang untuk kegunaan komuniti itu.

Pun begitu, MCM melaksa­nakan agihan makanan secara teratur, terkawal dan mengikut prosedur operasi standard (SOP) mempertimbangkan wabak Covid-19 masih belum pulih. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN