Jersi 'away' Selangor pun laku keras - Utusan Malaysia

Jersi ‘away’ Selangor pun laku keras

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Selepas jersi utama yang dilancarkan awal bulan lalu memahat sejarah dengan 6,000 helai terjual dalam tempoh kurang 48 jam, jersi kedua Red Giants turut mendapat sambutan luar biasa.

Dilancarkan secara digital semalam, jersi ‘away’ keluaran Joma yang dijual pada harga RM109 sehelai itu juga habis dalam tempoh beberapa jam selepas jualan dibuka kepada orang ramai.

Selangor FC dalam Facebook rasminya memberitahu peminat bahawa jersi yang menggunakan rona biru gelap serta biru neon dengan suntikan elemen futuristik itu sudah habis, dan meminta mereka menunggu tempahan kedua dibuka.

Tanpa menyatakan berapakah cetakan yang dibuat untuk keluaran pertama, Selangor FC sebaliknya meminta penyokong menunggu sebelum boleh membuat tempahan.

“Terima kasih penyokong setia Gergasi Merah. Kesemua stok jersi ‘away kit’ 2021 kami telah habis terjual sebentar tadi (semalam).

“Kami akan membuka pre-order (tempahan awal) untuk batch kedua tidak lama lagi. Sokongan anda menjadi inspirasi untuk kami berusaha dengan lebih gigih,” tulis Facebook Selangor FC.

Menurut Selangor FC, jersi itu direka dengan menyuntik elemen progresif dan gabungan identiti kelab berdasarkan motif setiap daerah di Selangor.

Daripada segi pemilihan warna, warna biru gelap melambangkan perpaduan rakyat Selangor yang bersatu menyokong Red Giants di dalam dan di luar padang, sementara warna biru neon adalah simbol masa depan yang ingin dibentuk oleh pasukan ini.

Muncul getaran yang lebih segar, logo 3D Selangor FC yang terpampang di jersi away 2021 juga diubah menjadi warna biru tua dan biru neon agar sesuai dengan tema dan simbolik keterbukaan kelab untuk berkembang dari masa ke masa.

Jersi tersebut turut dipadankan dengan peta Selangor yang menekankan reka bentuk sembilan daerah di negeri ini yang menjadi tulang belakang pasukan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya