Insentif pelancongan Johor disalur bulan ini - Onn Hafiz

Insentif pelancongan Johor disalur bulan ini

ONN Hafiz Ghazi (tengah) bergambar semasa Lawatan Kerja Datuk Bandar Majlis Bandaraya Iskandar Puteri, Datuk Mohd. Haffiz Ahmad di Puteri Habour, Iskandar Puteri, Johor semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Kerajaan negeri akan menyalurkan tiga insentif bantuan wang tunai secara ‘one off’ kepada penggiat industri pelancongan bulan ini seperti yang diumumkan dalam Bajet Johor 2021.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Belia dan Sukan negeri, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, bantuan tersebut melibatkan pemberian RM1,000 kepada kira-kira 1,000 pemandu pelancong di Johor.

“Kedua, insentif untuk kesatuan pelancongan dan syarikat pelancongan yang membabitkan 2,000 syarikat dengan bantuan sebanyak RM10,000.

“Penyaluran bantuan ini diharap membantu penerima untuk bersama mempromosikan produk pelancongan Johor setelah terkesan akibat pandemik Covid-19 sebelum ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita semasa Lawatan Kerja Datuk Bandar Majlis Bandaraya Iskandar Puteri, Datuk Mohd. Haffiz Ahmad di Puteri Harbour, di sini semalam.

Onn Hafiz turut memberitahu, kerajaan negeri juga telah memperuntukkan sebanyak RM1.5 juta untuk pemberian baucar pelancong yang akan dilaksanakan selepas Hari Raya Aidilfitri nanti.

“Baucar berkenaan bertujuan untuk merangsang pasaran pelancongan dalam negeri bagi perkhidmatan seperti taman tema, homestay, perhotelan dan banyak lagi.

“Ketika ini, Tourism Johor sedang memperhalusi kemudahan dan keberkesanan pemberian baucar pelancongan tersebut,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN