IMBRT jalani ujian rintis selama tiga bermula 8 April ini

IMBRT mula ujian rintis 8 April ini

LAKARAN ilustrasi salah satu stesen BRT dalam projek IMBRT di Johor Bahru, Johor. - IHSAN IRDA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Projek Iskandar Malaysia Bas Rapid Transit (IMBRT) akan memulakan ujian rintis selama tiga bulan bermula 8 April ini bagi melihat kemajuan projek tersebut. 

Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA), Datuk Ismail Ibrahim berkata, ia melibatkan laluan sepanjang empat kilometer melalui Lebuhraya Sultan Iskandar antara Horizon Hill dan Anjung Medini.

Katanya, IMBRT dijangka mula beroperasi sekurang-kurang dalam tempoh dua tahun selepas ujian selesai.

“Ujian yang akan dijalankan ini akan melibatkan sembilan syarikat pengeluar bas bagi mempamerkan demonstrasi kenderaan menggunakan teknologi hijau yang terkini termasuk bas elektrik dan biodiesel. 

“Institusi Pengangkutan Malaysia (Mitrans) juga akan menjalankan kajian bagi menilai prestasi Automated Rapid Transit (ART) dari segi keberkesanan pengendaliannya terutamanya ketika membelok, menukar lorong serta kebolehan pemanduan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ismail berkata, ujian tersebut melibatkan beberapa agensi antaranya Kementerian Pengangkutan, Kementerian Kerja Raya dan Jabatan Pengangkutan Jalan sebelum ia diluluskan.

Katanya, sembilan syarikat penyedia bas yang terlibat dalam ujian ini akan mempersembahkan variasi kenderaan yang dikeluarkan dari sepanjang enam hingga 32 meter. 

Tambahnya, sesi ujian akan melibatkan semua pihak termasuk golongan kurang upaya.

“Iskandar Malaysia memerlukan sistem pengangkutan awam yang berkesan serta mempunyai rangkaian meluas seperti IMBRT selari dengan status metropolis berdaya saing yang bertaraf antarabangsa. 

“Apabila siap, IMBRT akan menyediakan 55 bas perantara dan 44 bas terus, meliputi 90 peratus kawasan Iskandar Malaysia, dengan laluan sepanjang 54.92 kilometer di Skudai, Tebrau dan Iskandar Puteri.

“Sebuah infrastruktur pengangkutan awam yang efisyen dan integrasi menjadi katalis dalam menarik pelabur asing dan domestik. Kami tidak sabar untuk terus mengorak langkah memasuki fasa seterusnya bagi projek IMBRT ini,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN