KUALA LUMPUR: Emiriah Arab Bersatu (UAE) dipilih sebagai venue untuk Harimau Malaya menghabiskan kempen kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023, Jun depan.
Menurut Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), UAE akan menjadi tuan rumah untuk dalam baki saingan Kumpulan G yang diadakan secara berpusat atau karnival .
Skuad bimbingan Tan Cheng Hoe dijadual memulakan kempen dengan menentang tuan rumah, UAE pada 3 Jun, diikuti Vietnam (11 Jun) dan menutup saingan dengan berdepan Thailand pada 15 Jun.
Selepas mengharungi lima perlawanan, Harimau Malaya kini menghuni tangga kedua Kumpulan G dengan sembilan mata, dua mata di belakang pendahulu, Vietnam. Thailand di kedudukan ketiga dengan lapan mata.
AFC memutuskan baki aksi kelayakan dihabiskan dengan perlawanan dilangsungkan secara berpusat susulan pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia.