Guru jadi punca Covid-19 menular di sekolah rendah di Ketereh

Guru jadi punca Covid-19, sekolah rendah di Ketereh ditutup

SEBUAH sekolah di Ketereh, Kota Bharu ditutup selepas 11 guru dan seorang muridnya dijangkiti Covid-19.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Seorang guru yang dijangkiti Covid-19 selepas menghadiri majlis perkahwinan, dikatakan menjadi punca kepada penularan pandemik tersebut di sebuah sekolah rendah di Ketereh, di sini.

Susulan itu, 11 guru dan seorang muridnya disahkan positif Covid-19 manakala 24 guru lagi kini perlu menjalani tempoh kuarantin.

Sumber memberitahu, akibat kejadian tersebut, sekolah terbabit terpaksa ditutup hari ini.

“Penularan Covid-19 mula dikesan sejak semalam selepas guru terbabit disahkan positif menerusi ujian calitan terhadapnya.

“Penutupan sekolah dibuat selepas mendapat arahan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan dan Pusat Kesihatan Daerah Kota Bharu,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sehubungan itu katanya, hari ini (Rabu) dan esok, sesi persekolahan digantikan dengan sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) sebelum cuti pertengahan penggal bermula Jumaat ini hingga 3 April depan.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri, Datuk Dr. Zaini Hussin mengesahkan pihaknya menerima laporan mengenai kes tersebut.

“Siasatan awal mendapati guru terbabit mungkin dijangkiti ketika dia menghadiri majlis perkahwinan hujung minggu lalu,” katanya namun enggan mengulas lanjut. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya