Faiz sahut cabaran Liga M3 - Utusan Malaysia

Faiz sahut cabaran Liga M3

MOHD. Faiz Subri (tengah) bersama pelakon, Adi Putra (kanan) pada majlis menandatangani kontrak bersama pasukan Kuala Kangsar FC di Kuala Kangsar hari ini. - UTUSAN/ ZULFACHRI ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA KANGSAR: Pemenang Anugerah Puskas FIFA 2016, Mohd. Faiz Subri akhirnya sah menjadi milik pasukan Kuala Kangsar FC yang akan bersaing dalam Liga M3 musim 2021.

Majlis menandatangani kontrak pemain itu diadakan di Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) Kuala Kangsar di sini malam ini.

Pemain berusia 33 tahun berasal dari Kedah itu menyertai KK FC kerana menerima tawaran dari kelab itu selain ingin beraksi dalam kancah Liga M.

“Saya sedar tekanan yang saya pikul kerana pasti akan menjadi sandaran rakan sepasukan.

“Apapun saya akan buat yang terbaik untuk membalas kepercayaan pegawai pasukan terhadap saya, “kata Faiz dalam sidang akhbar pada majlis menandatangani kontrak sebagai pemain KK FC di sini malam ini.

Menurut pemain itu, matlamatnya ialah membantu KK FC layak ke Liga Perdana musim hadapan.

Sementara itu, pengurus Pengurus KK FC, Datuk Shaharol Asafali berkata, pengambilan Faiz diharap dapat meningkatkan kemampuan pasukan.

“Dengan pengalaman luas mewakili pasukan-pasukan Liga-M dia sudah pasti akan menjadi pembimbing dan semangat kepada pasukan .

Shaharol berkata, penampilan pasukan  itu bukan bukan melepaskan batuk di tangga kerana KKFC serius mahu membuat impak dalam Liga-M.

“Matlamat kami ialah untuk membanggakan warga Kuala Kangsar dengan membawa pasukan bertanding dalam Liga Super satu hari nanti,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya