Donny mahu tinggalkan United? - Utusan Malaysia

Donny mahu tinggalkan United?

DONNY VAN DE BEEK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Donny van de Beek mahu meninggalkan Manchester United hanya selepas semusim menyertai gergasi Liga Perdana Inggeris itu dari Ajax dengan ­perpindahan bernilai 40 juta pound (RM228 juta).

Bintang tengah Belanda berusia 24 tahun itu gagal mengukuhkan kedudukan dalam skuad Red Devils dan hanya dua kali berada dalam kesebelasan utama pada saingan Liga Perdana musim ini.

Menurut akhbar Britain, Daily Mail, kecewa dengan situasi semasa di Old Trafford, Van de Beek mahu bertemu Naib Pengerusi United, Ed Woodward untuk menyuarakan hasrat meninggalkan kelab tersebut.

Van de Beek hanya beraksi dalam kesebelasan utama untuk 11 perlawanan (semua pertan­dingan) sejak musim lalu, malah dibawa masuk 15 kali dari bangku simpanan kerana Ole Gunnar ­Solskjaer melihat pemain itu sebagai alternatif bahagian tengah.

Scott McTominay, Nemanja Matic, Paul Pogba dan Fred menjadi pilihan Solskjaer, malah Bruno Fernandes juga mengisi posisi sama.

Van de Beek bimbang kurang minit permainan akan memberi kesan kepada peluangnya untuk me­nyarung jersi Belanda dalam Kejohanan Eropah (Euro) tahun ini.

Kekecewaan Van de Beek tiba di kemuncak apabila dia diganti pada minit ke-73 pada kedudukan 0-0 ketika United menentang West Ham dalam Piala FA, 10 Februari lalu.

“Saya simpati melihat situasinya, dibayangi ­ketakutan dan hilang rentak,” kata bekas pemain tengah England, Jermaine Jenas. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya