Cuti punca pertengkaran di sebuah kedai makan di Jalan Changkat Jong

Cuti punca pertengkaran

TANGKAP layar video dua individu bertengkar di sebuah restoran yang tular dalam media sosial.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TELUK INTAN: Polis telah mengambil keterangan dua individu yang terlibat dalam pertengkaran di sebuah kedai makan di Jalan Changkat Jong di sini, kelmarin yang tular dalam media sosial.

Timbalan Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Superintenden Yahaya Hassan berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada seorang wanita berusia 27 tahun pada pukul 9.53 malam kelmarin.

Menurutnya, wanita itu membuat laporan polis akibat perselisihan faham sehingga berlaku pertengkaran dengan seorang lelaki berusia 56 tahun yang merupakan penyelianya di sebuah syarikat pengawal keselamatan.

“Punca pertengkaran dipercayai akibat tidak berpuas hati berkaitan cuti.

“Polis sudah memanggil kedua-dua pihak untuk diambil keterangan.

“Kedua-dua pihak bersetuju menyelesaikan kes itu secara baik,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, tular rakaman video pertengkaran seorang lelaki dan wanita di sebuah kedai makan dan mereka dileraikan pekerja kedai tersebut. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya