Cuaca panas uji pemain negara - Utusan Malaysia

Cuaca panas uji pemain negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Suhu panas melampau sehingga 43 darjah celsius bakal menjadi cabaran getir buat Harimau Malaya untuk mengharungi baki saingan Kumpulan G Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023, Jun nanti.

Semalam, Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) mengumunkan, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dipilih sebagai venue untuk melengkapkan baki saingan yang sebelum ini ditunda akibat ­Covid-19.

Berdasarkan semakan kaji cuaca tahun lalu, suhu terpanas UAE mampu mencecah 43 ­darjah celsius, manakala suhu sepanjang bulan itu konsisten sekitar 40 darjah.

Situasi itu sama sekali tidak menggembirakan jurulatih Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe, namun beliau tidak boleh mencari alasan, sebaliknya perlu membuat perancangan terbaik bagi menyiapkan pasukan untuk merealisasikan misi layak ke Piala Asia 2023.

Cheng Hoe mengakui, cuaca panas akan memberi kelebihan kepada UAE berbanding empat pasukan lain iaitu Malaysia, Thailand, Vietnam dan Indonesia.

“Memang saya sangat risau dengan tahap kepanasan di sana yang bukan biasa-biasa seperti panas di Malaysia. Sudah tentu bukan mudah untuk pemain menyesuaikan diri dengan cepat.

“Saya ada pengalaman berada di UAE, pada pukul 10 malam pun masih terasa bahang tetapi inilah cabaran yang perlu kita hadapi dan tidak boleh dijadikan alasan.

“Mungkin kelebihan milik UAE kerana bermain di laman sendiri. Thailand dan Vietnam akan menghadapi masalah sama.

“Kami akan cuba mencari jalan terbaik untuk menyiapkan pasukan sebelum ke sana,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Mengulas mengenai peluang, bekas jurulatih Kedah itu me­ngakui empat pasukan mempu­nyai peluang seimbang.

“UAE, Thailand, Vietnam ada peluang sama macam kita, jadi hanya keputusan di sana bakal menentu segalanya,” ujarnya.

Malaysia kini menduduki tangga kedua Kumpulan G de­ngan dua mata di belakang ­Vietnam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya