Buruh didakwa rogol, cabul adik ipar - Utusan Malaysia

Buruh didakwa rogol, cabul adik ipar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Seorang buruh ladang kelapa sawit mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan merogol dan mencabul adik iparnya yang berusia 11 tahun  September lalu.

Tertuduh yang berusia 19 tahun membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin.

Mengikut pertuduhan pertama, dia didakwa merogol mangsa di sebuah rumah di Kuala Krai kira-kira pukul 8 pagi pada 2 September 2020.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376(3)  Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang daripada lapan tahun hingga 30 tahun dan 10 sebatan jika disabitkan kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa melakukan amang seksual terhadap mangsa di rumah sama kira-kira pukul 8  pagi 6 September 2020.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14(d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan penjara tidak melebihi 20 tahun dan sebatan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Sharifah Amirda Amir Shariffuddin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu Sharifah Amirda memohon tiada sebarang jaminan ditawarkan terhadap kedua-dua pertuduhan

Mahkamah kemudian menetapkan 28 April ini untuk sebutan semula kes. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya