Bekas pesakit Covid-19 cuba raba jururawat didakwa 

Bekas pesakit Covid-19 raba jururawat didakwa 

MOHD. Ridi yang dituduh cuba meraba dan memegang tangan seorang jururawat diiringi anggota polis di Mahkamah Majistret di Butterworth, Pulau Pinang hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH: Gara-gara cuba meraba dan memegang tangan seorang jururawat baru-baru ini, seorang peniaga kedai runcit yang juga bekas pesakit Covid-19 dihadapkan ke Mahkamah Majistret Butterworth, di sini hari ini. 

Tertuduh, Mohd. Ridi, 55, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas dakwaan mencabul ketika pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Majistret M. Kalaiarasi. 

Mengikut pertuduhan, dia didakwa menggunakan kekerasan jenayah terhadap seorang jururawat wanita berusia 24 tahun di sebuah wad Covid-19 di Hospital Kepala Batas, di sini kira-kira pukul 11.30 pagi pada 8 Mac lalu. 

Atas dakwaan tersebut, dia dituduh mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana dua daripada hukuman itu. 

Mahkamah bagaimanapun membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM3,800 dengan seorang penjamin dan kes akan disebut semula 21 April depan. 

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Asma’ ‘Amira Shahidani, manakala tertuduh pula diwakili peguam, Mohd. Izad Buqhary Mohd. Kamri. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya