Bawa bas pekerja tanpa lesen, PSV - Pengarah JPJ negeri

Bawa bas pekerja tanpa lesen, PSV 

ADENAN Md. Isa memeriksa lesen pemandu bas pekerja dalam Ops Bas Pekerja di Jalan Paya Terubong, Pulau Pinang malam tadi. - FOTO/MUHAMMAD FIRDAUS AMRAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Bawa bas pekerja tanpa lesen memandu dan Lesen Kenderaan Pengangkutan Awam (PSV). 

Itu antara kesalahan yang dikesan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri dalam Op Bas Pekerja di Jalan Paya Terubong, di sini yang bermula pukul 9 pagi hingga 8 malam tadi. 

Pengarah JPJ negeri, Adenan Md. Isa berkata, operasi itu dijalankan susulan aduan pengguna jalan raya berhubung sikap pemandu bas pekerja yang didakwa sering melanggar kesalahan lalu-lintas.

Dalam operasi itu jelasnya, sebanyak 311 bas pekerja diperiksa dengan 250 notis dan 142 saman mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987 dikeluarkan atas pelbagai kesalahan.

“Kita dapati ada pemandu bas pekerja ini tidak memiliki lesen memandu dan PSV yang mana jika berlaku kemalangan, pekerja yang menaiki bas terbabit tidak dilindungi oleh insurans,” katanya kepada pemberita selepas operasi tersebut.

Menurut Adenan, dalam operasi sama pihaknya turut mengeluarkan sebanyak 27 notis atas kesalahan meletakkan bas tempat yang tidak sepatutnya. 

Selain itu ujar beliau, sebanyak 111 kesalahan teknikal lain turut dikesan dalam operasi itu antaranya berkaitan tayar, cermin gelap, ubah suai kenderaan dan nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi. 

“Operasi sebegini akan digiatkan dari semasa ke semasa kerana kita mahu membudayakan pemanduan berhemah dalam kalangan pemandu dan pengusaha sekali gus mengurangkan kemalangan membabitkan bas pekerja,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya