SHAH ALAM: Persatuan Anak Selangor Fan Club (ASFC) hari ini menyumbang RM50,000 kepada Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) untuk pembangunan bola sepak negeri tersebut.
Sumbangan itu disampaikan Presiden ASFC, Mohd. Faizal Wahid kepada Presiden FAS, Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah di pejabat FAS.
“Jutaan terima kasih kepada penaung ASFC, Datuk Tan Seng Huat yang menyalurkan sumbangan RM50,000 kepada FAS. Diharap sumbangan ini sedikit sebanyak dapat membantu pembangunan bola sepak Selangor,” kata Faizal.
Dalam program yang sama, Faizal turut menghadiahkan jersi bola sepak ASFC kepada Tengku Amir Shah sebagai tanda penghargaan.
Hadir sama dalam majlis yang berlangsung dalam cuaca hujan lebat, Naib Presiden FAS, K. Palanysamy.