Aminuddinbakal menerima suntikan vaksin Covid-19 esok

Aminuddin disuntik vaksin esok

AMINUDDIN Harun (belakang, dua dari kanan) menerima sumbangan sarapan pagi daripada Pengurus Besar Mc’ Donald Drive Thru Seremban, Zuliyana Sulaiman untuk diagihkan kepada pelajar yang menduduki Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Kediaman Rasmi Menteri Besar di Seremban hari ini. - FOTO/AFIFI HAFIZ MOHD NOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun bakal menerima suntikan vaksin Covid-19 esok.

Menurut beliau, suntikan tersebut akan dilakukannya di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) Seremban bersama Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan negeri, S. Veerapan.

“Saya bersedia untuk menerima suntikan pada bila-bila masa. Saya dimaklumkan akan menerima suntikan vaksin Covid-19 pada hari esok sebelah petang namun masa belum ditetapkan lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Sumbangan Sarapan Pagi kepada pelajar yang menduduki Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) daripada Mc’Donald di Kediaman Rasmi Menteri Besar di sini hari ini.

Sebelum ini, Aminuddin berkata, petugas barisan hadapan di negeri ini akan mula menerima suntikan vaksin fasa pertama di 37 klinik kesihatan bermula esok.  

Katanya, dianggarkan 10,000 dos vaksin diterima di negeri ini dengan keutamaan pada fasa pertama suntikan adalah kepada petugas barisan hadapan.

Jelasnya, sebanyak 37 klinik kesihatan di seluruh negeri ini akan menjadi Pusat Pemberian Vaksin (PPV).

Sementara itu, Aminuddin yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan memberitahu, pihaknya telah bersedia untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) dan kini di peringkat akhir persiapan termasuk dalam isu pembahagian kerusi.

Jelasnya, perkara berkenaan pembahagian kerusi di antara tiga parti iaitu PKR, DAP dan Amanah di negeri ini juga telah diperbincangkan.

“Kita bersedia untuk pilihan raya dan ke arah persiapan terakhir menghadapi pilihan raya. Tentang kerusi tidak menjadi permasalahan yang besar dan telah dibincangkan secara tidak langsung.

“Semua nampaknya okay dengan keputusan masing-masing, insya-Allah saya rasa tiada masalah untuk pembahagian kerusi tersebut,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya