Alaphilippe takluk peringkat kedua Tirreno-Adriatico - Utusan Malaysia

Alaphilippe takluk peringkat kedua Tirreno-Adriatico

JULIAN Alaphilippe meraikan kejayaan menjuarai peringkat kedua Tirreno-Adriatico dari Camaiore ke Chiusdino, Tuscany, Itali semalam. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MILAN: Juara dunia, Julian Alaphilippe mengungguli saingan pecutan di kawasan pendakian untuk memenangi peringkat kedua perlumbaan  berbasikal Tirreno-Adriatico di Italia, semalam yang juga kemenangan ketiganya dalam ‘Race of the Two Seas’.

Tempat kedua milik pelumba Belanda, Mathieu van der Poel selepas mengatasi pencabar dari Belgium, Wout van Aert yang kekal sebagai pendahulu keseluruhan.

Juara Tour de France dari Slovenia, Tadej Pogacar pula menduduki tempat keempat selepas mengakhiri perlumbaan sejauh 202 kilometer (km) dari Camaiore ke Chiusdino, Tuscany.

“Kejayaan pertama musim ini cukup melegakan dan saya berada di kedudukan terbaik bersama (rakan sepasukan) Joao Almeida di hadapan.

“Kasper Asgreen dan Zdenek Stybar turut membantu saya berada di kedudukan ini. Saya tidak tahu apa yang berlaku di belakang tapi apabila melihat Joan berada di hadapan, saya tahu berpeluang besar untuk meraih kemenangan.

“Saya cuma perlu memberi tumpuan kepada mengekalkan kedudukan dan melakukan pecutan habis-habisan apabila tiba masanya.

“Anda tidak akan pasti mengenai kemenangan. Ia perasaan yang istimewa dan ukan mudah untuk menang, tapi pasukan percaya kepada saya hari ini (semalam).

“Saya berasa sangat gembira dapat membalas kepercayaan mereka,” kata pelumba Perancis itu yang turut memenangi dua peringkat pada 2019. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya