96 positif Covid-19 gara-gara seorang pekerja langgar SOP

96 positif Covid-19 gara-gara seorang pekerja langgar SOP

DR. NOR AZIMI YUNUS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Gara-gara ketidakpatuhan seorang pekerja di Kertih, Kemaman terhadap prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 menyebabkan wabak itu kini merebak ke komuniti dengan keseluruhan 96 kes positif dikesan setakat ini dalam Kluster Ladang Bukit.

Pengarah Kesihatan Negeri, Dr. Nor Azimi Yunus berkata, daripada jumlah itu, 49 kes merupakan dalam kalangan pekerja manakala baki 47 lagi adalah ahli keluarga dengan membabitkan empat daerah iaitu Kemaman, Dungun, Marang dan Kuala Terengganu.

Malah, katanya,  kluster terbaharu itu turut menjangkiti lima pelajar dan seorang guru daripada enam sekolah rendah.

“Kes awal dikesan daripada seorang pekerja yang mempunyai gejala dan dikesan positif, namun berulang-alik ke sebuah negeri kerana isteri dan anak menetap di sana. 

“Apabila kes positif masuk bekerja, kemudian menjangkiti rakan sekerja pula apatah lagi kalau tempat kerja sempit dan sesak di samping bertugas bersama-sama selama 14 jam sehari, hasilnya seramai 49 dari 161 pekerja dikesan positif serentak sekali gus  bermaksud transmisi sudah lama berlaku,” katanya dalam hantaran dalam laman Facebook hari ini.

Nor Azimi berkata, setiap pekerja dan majikan mesti mematuhi SOP Covid-19 yang ditetapkan di tempat kerja bagi mengelak penularan wabak yang lebih besar.

Beliau kesal kerana pelanggaran SOP masih berlaku di mana-mana walaupun sudah setahun menempuhi fasa pandemik.

“Kita setuju aktiviti rentas negeri tidak boleh dilarang selamanya dan sampai masa akan dibuka semula tetapi pokok pangkalnya semua pihak masih perlu mematuhi SOP dan perkara ini sepatutnya sudah menjadi norma baharu untuk kita semua,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN