70 keluarga pindah, rumah rosak dibadai ribut di Kuantan

70 keluarga pindah, rumah rosak dibadai ribut di Kuantan

PUSARAN angin kencang dirakam penduduk tempatan ketika kejadian ribut di Kuantan lewat petang semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Sebanyak 70 keluarga di sini terpaksa berpindah sementara selepas rumah mereka mengalami kerosakan akibat kejadian angin kencang, petang semalam.

Kejadian antara pukul 5 hingga 6 petang itu turut mengakibatkan pokok tumbang serta bumbung rumah berterbangan ditiup angin terutama di kawasan pesisir pantai di sini.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang, Leftenan Kolonel (PA) Che Adam A. Rahman berkata, semua mangsa melibatkan penduduk Kampung Balok dan Taman Balok Baru di sini.

“Rumah mangsa-mangsa terlibat mengalami kerosakan struktur bumbung disebabkan kejadian angin kencang dan hujan lebat,” katanya dalam kenyataan di sini. 

Daerah ini mengalami hujan lebat berterusan bermula Isnin lalu dan disusuli kejadian angin kencang pada lewat petang semalam sebelum keadaan cuaca kembali normal.

Susulan cuaca buruk selama empat hari itu, beberapa kawasan di daerah ini termasuk Kampung Pandan serta Sungai Pinang mengalami Sebanyak 70 keluarga di sini terpaksa berpindah sementara selepas rumah mereka mengalami kerosakan akibat kejadian angin kencang, petang semalam. banjir kilat pada Rabu dan semalam akibat limpahan Sungai Kuantan.

Ia diikuti kejadian angin kencang terutama di pesisir pantai di Jalan Kuantan-Kemaman dekat Balok serta kawasan sekitarnya sehingga menyebabkan pokok tumbang dan kerosakan bumbung rumah penduduk.

Mengulas lanjut berhubung kejadian itu, Che Adam berkata, sebanyak 13 keluarga membabitkan 57 mangsa kini ditempatkan sementara di Dewan Taman Murni Sungai Isap di sini pada pukul 2 pagi tadi.

Ujar beliau lagi, laporan berkenaan maklumat mangsa terlibat juga telah diserahkan kepada agensi-agensi awam yang berkaitan untuk proses menyalurkan bantuan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN