41 daripada 811 kluster libatkan institusi pendidikan  - Utusan Malaysia

41 daripada 811 kluster libatkan institusi pendidikan 

ANGGOTA Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bidor melakukan proses sanitasi dan disinfeksi di sekolah yang dijadikan pusat peperiksaan SPM esok. - UTUSAN/GAMBAR JBPM PERAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) mendedahkan 41  daripada  811 kluster yang dikesan tahun ini melibatkan kluster berkaitan institusi pendidikan. 

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, pihaknya merekodkan sebanyak 2,228 kes iaitu 1,058 kes melibatkan pendidikan tinggi, menengah (631), pra-sekolah dan rendah (419) dan lain-lain (120).   

Menurut beliau, berdasarkan 41 kluster yang direkodkan, sebanyak 15 kluster membabitkan pusat pengajian tinggi, 11 kluster sekolah menengah, 10 kluster pra-sekolah dan sekolah rendah, serta lima kluster yang melibatkan pusat tahfiz dan madrasah sepanjang hampir tiga bulan ini.

“Ini termasuklah tiga kluster baharu yang diumumkan pada hari ini iaitu Kluster Paloh Rambai, Kluster Merinding dan Kluster Persiaran Maktab. 

“Selain itu, KKM dengan kerjasama Kementerian Pendidikan (KPM) akan sentiasa memastikan aspek kesihatan serta keselamatan warga institusi pendidikan terus diutamakan manakala kerjasama semua pihak amat diperlukan bagi memastikan institusi pendidikan adalah kondusif dan selamat untuk pengajian. Ini akan mengurangkan risiko jangkitan Covid-19 dan juga lain-lain jangkitan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Dr. Noor Hisham berkata, pihaknya juga menyambut baik komitmen KPM dalam memastikan pelajar tidak ketinggalan dan dapat mengikuti pembelajaran berterusan dalam keadaan selamat. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN