Tebing Sungai Kelantan runtuh, penduduk diarahkan berpindah

Tebing Sungai Kelantan runtuh, penduduk diarahkan berpindah

SEBANYAK 15 keluarga di Jalan Pohon Chelagi di Pasir Mas diarah mengosongkan rumah selepas tebing Sungai Kelantan runtuh awal pagi ini. - FOTO/YATIMIN ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR MAS: Sebanyak 15 keluarga yang menetap di Jalan Pohon Chelagi, di sini diarah mengosongkan rumah masing-masing selepas tebing Sungai Kelantan berhampiran kediaman mereka runtuh awal pagi ini.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas Asisten Komisioner Mohamad Roy Suhaimi Sharif berkata, kejadian runtuhan tebing sungai itu dilaporkan berlaku secara berterusan antara pukul 2.30 hingga 6.30 pagi.

“Pada awalnya, polis menerima laporan penduduk memaklumkan terdapat kesan retakan tanah di kawasan tersebut pada pukul 10.30 malam tadi.

“Susulan aduan diterima, anggota kita segera turun ke lokasi untuk melakukan pemeriksaan dan seterusnya menutup laluan masuk ke kawasan berkenaan.

“Sejak malam tadi lagi kita sudah berkampung di kawasan ini bersama anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Mas untuk memantau dan memasqtikan keselamatan penduduk,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mohamad Roy Suhaimi memberitahu, penduduk setempat diarahkan berpindah ke rumah sanak saudara berdekatan terlebih dahulu sebelum pihak berkuasa mencari jalan lain bagi membantu mereka.

Difahamkan, kesan retakan kecil mula dikesan penduduk sejak dua hari lalu sebelum bertambah serius hari ini. 

Klip video memaparkan sebuah rumah roboh sebelum jatuh ke dalam sungai ketika kejadian tersebut turut tular dalam media sosial sejak pagi ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya