Suspek larikan anak lelaki 14 bulan ditangkap polis

Suspek larikan anak lelaki 14 bulan ditangkap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNGUN: Suspek yang melarikan bayi lelakinya berusia 14 bulan daripada jagaan isteri di Taman Sura Tengah di sini Ahad lalu berjaya ditangkap polis, semalam.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Baharudin Abdullah berkata, lelaki berusia 32 tahun itu ditahan di kediamannya di Seremban, Negeri Sembilan dengan bantuan polis di negeri tersebut. 

Katanya, bayi yang dilarikan lebih 300 kilometer itu kemudian dibawa ke Dungun untuk diserahkan kembali kepada ibunya.

“Suspek direman selama empat hari hingga Sabtu bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan 18 (A) Akta Keganasan Rumah Tangga 1994,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Semalam media melaporkan seorang suri rumah yang dalam proses perceraian cedera selepas diseret kenderaan dipandu suaminya.

Wanita berusia 32 tahun itu nekad menghalang suaminya daripada melarikan anak lelaki mereka dalam kejadian kira-kira pukul 11.30 pagi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya