Sebuah lagi rumah ranap di Kampung Pohon Chelagi

Sebuah lagi rumah ranap

SEBUAH lagi rumah penduduk runtuh pagi tadi dalam kejadian tebing dan jalan runtuh di Kampung Jalan Pohon Celagi, Pasir Mas, Kelantan semalam. - FOTO/ZULHANIFA SIDEK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR MAS: Sebuah lagi rumah milik penduduk di Kampung Pohon Chelagi, di sini ranap dan terhumban ke bawah cerun dalam kejadian runtuhan tebing Sungai Kelantan malam tadi.

Rumah tersebut runtuh pada pukul 9 malam dan setakat ini empat buah kediaman milik penduduk di kawasan tersebut rosak termasuk terhumban ke bawah cerun.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Mas Penolong Penguasa Bomba Shapawi Setapa berkata, berpandukan kepada pemerhatian yang dilakukan mendapati pergerakan tanah dikesan masih aktif berlaku di kawasan tersebut.

“Ada dua buah lagi rumah dilihat menunggu masa untuk ranap.

“Kesemua mangsa yang berada di kawasan berisiko telah diarahkan berpindah ke tempat selamat,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Shapawi memberitahu, kebanyakan penduduk terlibat menumpang di rumah sanak saudara buat sementara waktu.

Katanya, pemantauan berterusan sentiasa dijalankan oleh pasukan penyelamat di kawasan berkenaan.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati terdapat rekahan baharu berlaku di kawasan tersebut.

Bukan itu sahaja, keluasan runtuhan turut bertambah sebanyak tiga meter.

Setakat ini 45 keluarga telah terlibat dengan kejadian tersebut. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN