'Runner' bawa kekasih jual dadah campuran jus minuman 

‘Runner’ bawa kekasih jual dadah campuran jus minuman 

SOFFIAN Santong (tengah) menunjukkan dadah yang dirampas polis dalam serbuan di sebuah kondominium dalam sidang akhbar di Georgetown, Pulau Pinang hari ini. - FOTO/MOHAMMAD FIRDAUS AMRAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN: Polis menumpaskan satu sindiket memproses dadah dengan campuran jus minuman bernilai RM77,318 selepas menahan sepasang kekasih di sebuah kondominium mewah di Lebuh Sungai Pinang 2, Jelutong, di sini Rabu lalu. 

Suspek tempatan berusia 20 dan 21 tahun itu ditahan sepasukan polis bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut (IPD TL) kira-kira pukul 2.40 pagi. 

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, tangkapan suspek pertama dilakukan di lobi perumahan berkenaan dan menjumpai 15 paket plastik berwarna hitam di dalam beg yang dibawanya. 

Menurutnya, hasil soal siasat ke atas suspek membawa polis ke sebuah rumah di kondominium sama dan menahan teman wanita suspek. 

“Pemeriksaan lanjut menjumpai sejumlah campuran serbu dadah disyaki dadah jenis Methylenedioxymethamphetamine (MDMA) sekali gus membongkar sebuah makmal mini memproses bahan terlarang itu di bahagian ruang tamu. 

“Siasatan mendapati, dadah tersebut diproses menggunakan serbuk jus minuman  yang dijual dipasarkan seperti teh ais limau dan teh hijau serta serbuk minuman bertenaga KukuBima pelbagai perasa,” katanya dalam sidang akhbar di IPD Timur Laut, di sini hari ini. 

Menurut beliau, anggaran dadah MDMA adalah seberat 2,396 gram dan turut dirampas adalah ketamin (338.5 gram), 576 biji pil Ekstasi dan 390 biji pil Eramin 5. 

“Turut disita adalah sebuah kereta dan wang tunai bernilai RM1,100,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya