Remaja rugi RM7,000 ditipu sindiket pelaburan Forex 

Rugi RM7,000 ditipu sindiket pelaburan Forex 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEPALA BATAS: Seorang pekerja kilang di sini bukan sahaja tidak mendapat keuntungan yang diharapkan daripada pelaburan Forex, malah kerugian hampir RM7,000 selepas dipercayai menjadi mangsa penipuan sindiket pelaburan itu semalam. 

Mangsa lelaki berusia 21 tahun itu pada mulanya tertarik dengan tawaran pelaburan tersebut selepas melihat iklan di Facebook dan berhubung dengan seorang lelaki menerusi aplikasi WhatApps. 

NOORZAINY MOHD. NOOR

Difahamkan, mangsa memilih salah satu pakej yang ditawarkan dengan modal sebanyak RM400 dan ditawarkan keuntungan sehingga RM26,137.52 dalam tempoh hanya 72 jam. 

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner, Noorzainy Mohd. Noor berkata, mangsa tertarik dengan pelaburan itu kerana suspek mendakwa ia pelaburan mata wang asing patuh syariah serta menjanjikan pulangan keuntungan yang tinggi dalam tempoh singkat. 

Tambahnya, mangsa kemudian diminta membuat beberapa bayaran ke dalam dua akaun bank yang keseluruhannya berjumlah RM6,934.37 sebelum dia memperoleh pulangan. 

“Bagaimanapun, mangsa berasa ditipu setelah ejen pelaburan masih memintanya membayar wang tambahan sebelum membuat laporan polis semalam,” katanya. 

Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya