Realisasi Pelan Pembangunan Pendidikan Kanak-Kanak 'Stateless'

DUN Belia Sabah: Realisasi Pelan Pembangunan Pendidikan Kanak-Kanak ‘Stateless’ di Sabah 

FAZLAN THOMAS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) penubuhan Jawatankuasa Tindakan Khas Untuk Rakyat Tanpa Kewarganegaraan di Sabah dan Pelan Pembangunan Pendidikan Kanak-Kanak Tanpa Kewarganageraan (2021-2031) dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Belia Sabah diharap dapat direalisasikan.

Menerusi perbahasan yang berlangsung pada 13 dan 14 Februari lalu secara maya, perwakilan DUN Belia Sabah melihat ada harapan untuk jawatankuasa dan pelan berkenaan terlaksana sebagai usaha menangani isu kewarganegaraan yang tidak pernah selesai sejak puluhan tahun di negeri itu. 

Bagi mencapai matlamat, Urusetia penganjur DUN Belia Sabah, Fazlan Thomas berkata, beliau akan memberikan laporan penuh persidangan kepada Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah merangkap ADUN Tanjung Batu, Andi Muhammad Suryandy Bandy. 

ANDI MUHAMMAD SURYANDY BANDY

“Ini bertujuan untuk beliau mempertimbangkan sama ada persidangan DUN Belia dapat diteruskan secara fizikal dalam jangka masa panjang atau masih kekal untuk melaksanakannya secara maya nanti. 

“Untuk mengatakan RUU ini akan terlaksana itu saya tidak dapat memberi jaminan, cuma pihak kami akan berusaha memberikan laporan kepada pihak yang bertanggungjawab bagi memperhalusi setiap perkara dibahaskan sebelum sedia untuk dilaksana.

“Pada masa sama, saya yakin ini adalah saluran yang betul bagi menyuarakan pandangan anak muda khususnya DUN Belia sendiri tentang masalah sebenar yang berlaku di negeri ini. Kita harus menangani isu ini secara perikemanusiaan, sebagai sebuah negara tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik,” katanya kepada Utusan Malaysia baru-baru ini. 

Cadangan penubuhan jawatankuasa tindakan khas berkenaan dengan mempunyai enam fasal iaitu pendokumentasian atau identifikasi untuk rakyat tanpa kewarganegaraan, pengiktirafan sekolah alternatif dalam komuniti, ekonomi komuniti rakyat tanpa kewarganegaraan, penstrukturan penempatan, akses kepada kesihatan dan pemerkasaan golongan wanita. 

Manakala pelan pembangunan pendidikan sepuluh tahun mempunyai empat fasal iaitu penubuhan Special Task Force Committee, dokumentasi menyeluruh, pendidikan untuk rakyat tanpa warganegara, serta agama dan bahasa.

Sementara itu, Presiden Majlis Belia Sabah, Farid Ahmad Sainuri berkata, persidangan ADUN Belia Sabah secara maya itu bertepatan dan perlu dinormalisasikan dalam kehidupan semua masyarakat. 

“Saya berharap dengan penganjuran seperti ini dapat menaikkan domain kajian sosialisasi belia dalam politik secara aktif dan meluas. Kita mahu demokrasi itu bukan sekadar dibincang dan bukan ditonjolkan secara perdebatan agar muda muda memahami prinsip dan kaedah demokrasi itu dilaksanakan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN