Rampas minyak masak, rempah bernilai RM27,000 

Rampas minyak masak, rempah bernilai RM27,000 

MOHD. Ridzuan Ab. Ghapar (kiri) bersama pegawai PPDNHEP Pulau Pinang menunjukkan minyak masak yang dirampas dalam operasi bersepadu barang kawalan di Taman Perindustrian Bukit Minyak, Simpang Empat, Pulau Pinang hari ini. - FOTO/MOHAMMAD FIRDAUS AMRAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT MERTAJAM: Dua ditahan dalam serbuan yang dijalankan Pejabat Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (PPDNHEP) ke atas dua buah premis memproses minyak masak di sekitar Bukit Minyak, di sini hari ini. 

Dalam serbuan dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu, sebanyak 617 botol minyak masak serta 7,771 paket plastik kosong yang digunakan untuk mengisi minyak masak bersubsidi seberat satu kilogram (kg) turut dirampas. 

Pengarah PPDNHEP negeri, Mohd. Ridzuan Ab. Ghapar berkata, mereka yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung rampasan itu merupakan seorang pekerja dan pemilik premis tersebut. 

“Serbuan itu dibuat selepas risikan dijalankan selama hampir dua bulan susulan aduan premis-premis tersebut menjalankan proses pemindahan minyak masak bersubsidi ke dalam bekas minyak masak lain. 

“Dalam serbuan di premis sama juga, kami merampas kira-kira 420 bungkusan berisi rempah ratus yang disyaki menggunakan logo halal tanpa kebenaran dengan nilai rampasan keseluruhan berjumlah RM27,000,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. 

Bagi kesalahan yang pertama iaitu melibatkan minyak masak katanya, pemilik premis akan disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana memiliki atau mengawal barang kawalan yang menimbulkan syak munasabah bahawa mereka telah melakukan kesalahan. 

Sementara itu ujar beliau, kesalahan yang melibatkan penggunaan logo halal tanpa kebenaran akan disiasat di bawah Perkara 4(1)(a) Perintah Kawalan Dagangan (Perakuan dan penandaan halal. 

Dalam pada itu, kata Mohd. Ridzuan, siasatan awal mendapati premis yang terlibat telah beroperasi sejak beberapa tahun lalu dan minyak masak yang dibungkus semula itu pula dijual di pasaran seluruh Pulau Pinang. 

Mohd. Ridzuan berkata, ketika ini siasatan lanjut sedang dijalankan termasuk bagi mengenal pasti sama ada premis itu telah mencampur-adukkan minyak sembahyang yang turut dikilangkan di situ dengan minyak masak sedia ada. 

“Dalam hal ini, kita berharap mana-mana pengguna atau saksi yang mempunyai maklumat berkaitan supaya menghubungi bilik gerakan KPDNHEP negeri di talian 04-3840245 atau menerusi portal e-aduan KPDNHEP serta beberapa saluran lain untuk membuat aduan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya