PKPD di 18 taman perumahan di Rompin terkawal

PKPD di 18 taman perumahan di Rompin terkawal

KAWALAN di salah satu pintu masuk utama ke bandar Muadzam Shah di Rompin, Pahang yang dilaksanakan PKPD.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ROMPIN: Penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di 18 taman perumahan di Muadzam Shah di sini terkawal. 

Ketua Polis Daerah, Superintenden Azari Miskon berkata, sehingga kini pematuhan adalah baik dan tiada kes individu cuba ‘lari’ daripada kawasan PKPD. 

“Ekoran PKPD, kita sudah tutup enam lokasi masuk ke bandar Muadzam Shah dengan penghadang konkrit yang disokong dengan kawat berduri dipasang Angkatan Tentera Malaysia (ATM). 

“Terdapat kira-kira 100 petugas yang mengawal di kawasan berkenaan termasuk polis, tentera dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) dan terdapat lebih 9,000 orang penduduk di kawasan berkenaan,” katanya di sini hari ini.

PKPD di kawasan Muadzam Shah berkuasa bermula  9 Februari sehingga 22 Februari selepas terdapat peningkatan secara mendadak kes Covid-19 membabitkan komuniti di daerah itu.

Menurut Azari, saringan dilakukan membabitkan semua penduduk di kawasan PKPD berkenaan.

“Tumpuan utama kepada yang bergejala termasuklah melalui kaedah saringan rumah ke rumah,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN