Pensyarah terjerat Love Scam alami kerugian RM206,470 

Pensyarah terjerat Love Scam rugi RM206,470 

ELIAS OMAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Seorang pensyarah wanita kerugian sebanyak RM206,470 setelah terpedaya dengan sindiket Love Scam selepas berkenalan dengan seorang individu yang dikenali menerusi laman sosial Facebook.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kedah, Superintenden Elias Omar berkata, mangsa yang berusia 47 tahun mula berhubung dengan individu dari United Kingdom (UK) sejak November tahun lalu hingga Januari lepas.

“Sepanjang tempoh perkenalan itu, individu dari UK yang bernama Harris memperdaya mangsa dengan kata-kata manis selain berjanji untuk menghantar hadiah seperti beg tangan, kasut, telefon bimbit dengan menggunakan perkhidmatan kurier.

“Pada 17 November lalu, mangsa menerima panggilan daripada seorang individu yang memperkenalkan diri sebagai wakil ejen pos menyatakan kesemua barangan tersebut telah sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA),” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, mangsa seterusnya diminta untuk mengesahkan bahawa dirinya merupakan pemilik kesemua barangan itu.

“Sejak itu, mangsa telah dihubungi ejen berkenaan berkali-kali yang meminta dia membuat bayaran kos pengangkutan, cukai kastam serta caj penukaran wang asing bagi mendapatkan kiriman itu.

“Mangsa lalu membuat bayaran secara berperingkat sebanyak 54 kali menerusi pindahan wang secara dalam talian berjumlah RM206,470 ke 16 akaun bank berbeza,” ujarnya.

Menurutnya, mangsa yang belum berkahwin dan berasal dari Bagan Datuk, Perak kemudiannya merasakan ada yang tidak kena sebelum membuat laporan polis di Kulim dekat sini semalam.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya