Pemandu lori simen dituduh bunuh anak perempuan tiri

Pemandu lori dituduh bunuh anak tiri

ABU Hassan Darus dibawa ke Mahkamah Majistret Tampin bagi didakwa atas tuduhan membunuh anak tirinya 1 Februari lalu di Gemas, Tampin. - FOTO/MUHAMMAD IZZAT TERMIZIE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAMPIN: Seorang pemandu lori simen dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini hari ini atas tuduhan membunuh anak perempuan tirinya di Gemas, dekat sini awal bulan ini. 

Tertuduh iaitu Abu Hassan Darus, 30, mengangguk tanda faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, Tan Chai Wei. 

Bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan direkodkan.

Mengikut pertuduhan, Abu Hasan didakwa dengan niat melakukan perbuatan membunuh hingga menyebabkan kematian seorang kanak-kanak perempuan di antara pukul 3 hingga 5 petang di No. 37, Kampung Halacara Baru Londah, Gemas dekat sini  pada 1 Februari lalu. 

Jika sabit kesalahan dia boleh dikenakan hukuman mati mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. 

Pendakwaan dikendalikan oleh Pengarah Pendakwaan Negeri Sembilan, Ahmad Sazali Omar manakala tertuduh tidak diwakili peguam. 

Mahkamah kemudian memerintahkan kes tersebut disebut semula pada 25 Mac depan di Mahkamah Majistret Gemas dekat sini bagi menunggu laporan bedah siasat dan kimia. 

Utusan Online sebelum ini melaporkan seorang lelaki ditahan polis 9 Februari lalu bagi membantu siasatan kes kematian seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun di Klinik Kesihatan Gemas, dekat sini pada 1 Februari lalu.

Difahamkan, mangsa tinggal di rumah sewa bersama ibu, bapa tiri dan seorang abang di Kampung Halacara Baru, Gemas.

Lelaki tersebut ditahan selepas rakaman ‘Child Interview Centre’ dilakukan ke atas adik beradik kanak-kanak yang maut berkenaan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya