PDRM perketat kawalan di Kampung Pohon Chelagi

PDRM perketat kawalan di Kampung Pohon Chelagi

ANGGOTA Jabatan Sukarelawan Malaysia mengawasi keadaan runtuhan tebing dan jalan di Kampung Jalan Pohon Celagi, Pasir Mas, Kelantan. - FOTO/ZULHANIFA SIDEK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR MAS: Polis Diraja Malaysia (PDRM) memperketatkan kawalan di kawasan runtuhan tebing Sungai Kelantan dekat Kampung Pohon Chelagi di sini bagi mengelakkan orang ramai menghampiri lokasi berisiko itu.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Seri Abd.Rahim Jaafar berkata, kawalan itu susulan beberapa retakan baharu dikesan di kawasan tersebut.

Menurutnya, PDRM akan menilai semula radius lokasi larangan baharu dan perkara tersebut akan diumumkan oleh sejurus mendapat nasihat oleh Jabatan Kerja raya (JKR).

“Buat masa ini PDRM telah mengeluarkan arahan dan larangan kepada orang awam supaya menjauhi lokasi runtuhan.

“Kita juga telah membuka pos Pusat Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) sejak Rabu lalu untuk membuat pemantauan secara berterusan selain memastikan kawasan itu berada dalam keadaan selamat,” katanya ketika ditemui pemberita selepas meninjau kawasan itu hari ini.

Hadir sama Timbalan Pengarah KDNKA, Datuk Kashuadi Ali; Ketua Polis Kelantan Datuk Shafien Mamat, Komander Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA) Senior Asisten Komisioner Hassan Basri Ahmad Safar dan Ketua Polis Daerah Pasir Mas Mohamad Roy Suhaimi Sharif.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan, empat buah rumah penduduk di Kampung Pohon Chelagi di sini ranap apabila runtuh ke bawah cerun dalam kejadian runtuhan tebing Sungai Kelantan kelmarin. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya