Pasangan kekasih rentas daerah dikompaun RM1,000 

Pasangan kekasih rentas daerah dikompaun RM1,000 

SEPASANG kekasih yang ditahan selepas merentas daerah untuk bermadu kasih di Tanjung Dawai, Sungai Petani, Kedah semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Sepasang kekasih yang merentas daerah dengan menaiki sebuah kereta untuk memadu kasih di Tanjung Dawai di sini dikenakan kompaun kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semalam.

Lelaki terbabit yang berumur 47 tahun itu berasal dari Jeniang, Sik dan teman wanitanya, 27, pula dari Bukit Jenun, Pendang ditahan oleh polis pada pukul 11.10 pagi ketika berdua-duaan di dalam sebuah kereta di pantai itu. Mereka dikenakan kompaun sebanyak RM1,000 setiap seorang.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, ketika ditahan, pasangan kekasih itu mengaku merentas daerah kerana bosan berada di rumah dan keluar untuk mengunjungi pantai tersebut.

“Siasatan lanjut, polis mendapati lelaki itu telah menggunakan laluan tikus dari rumahnya di Sik sebelum menjemput pasangannya di Pendang untuk ke Tanjung Dawai.

“Bagaimanapun kecekapan polis yang sentiasa memantau semua laluan telah berjaya mengesan pasangan itu sebelum menahan dan mengeluarkan kompaun kerana kesalahan langgar PKP,” katanya di sini hari ini.

Menurut Adzli, sepanjang PKP 2.0 ini sebanyak 203 kompaun dikeluarkan oleh pihaknya kerana gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) PKP yang ditetapkan.

Katanya, antara kesalahan utama ialah tidak memakai pelitup muka di tempat awam sebanyak 86 kes dan merentas daerah pula 60 kes serta selebihnya tangkapan kerana gagal mematuhi penjarakan sosial dan gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri membabitkan warganegara asing. 

Adzli turut mengingatkan orang ramai supaya mematuhi SOP yang ditetapkan sepanjang pelaksanaan PKP sehingga 18 Februari depan kerana pihaknya tidak akan bertolak ansur melaksanakan undang-undang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya