MBSA terima 1,600 permohonan peniaga bazar ramadan

MBSA terima 1,600 permohonan peniaga bazar Ramadan

"SETIAP tapak akan dinilai daripada semua aspek termasuk keselamatan, kesesuaian tempat dan lalulintas." - Haris Kasim. - FOTO/ZULFADHLI ZAKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menerima kira-kira 1,600 permohonan peniaga untuk bazar Ramadan tahun ini.

Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Haris Kasim berkata, semua borang untuk bazar Ramadan pada tahun ini boleh diisi menerusi dalam talian.

Menurut beliau, setakat ini, tapak yang dikenal pasti untuk bazar Ramadan ialah sebanyak 31 tapak di bawah MBSA sementara 11 tapak Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) atau persatuan.

“Buat masa ini, kita telah berbincang dan hanya menunggu kebenaran daripada kerajaan negeri yang juga mendapat nasihat daripada Majlis Keselamatan Negara.

“Apabila mendapat kebenaran, kita akan mendaftarkan peniaga dan mereka akan dibenarkan untuk berniaga mengikut norma baharu serta prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu, beliau hadir ke majlis Penyerahan Sumbangan Program ‘Kembali Ke Sekolah’ kepada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dalam pentadbiran MBSA yang turut dihadiri Timbalannya, Mohd. Rashidi Ruslan.

Dalam program tersebut, MBSA menyerahkan sumbangan RM249,000 kepada 83 buah sekolah di bawah PPD Petaling Perdana, Petaling Utama, Klang dan Gombak.

Mengulas lanjut mengenai bazar Ramadan, Haris tidak menolak kemungkinan akan berlaku peningkatan tapak perniagaan susulan pematuhan SOP.

“Apabila adanya SOP, akan ada penjarakan fizikal dan jumlah peniaga dalam setiap tapak akan berkurangan. Oleh demikian, kita telah bersedia dengan tapak-tapak baharu.

“Setiap tapak akan dinilai daripada semua aspek termasuk keselamatan, kesesuaian tempat dan lalulintas,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN